"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

15 July 2015

Funny Joke?

Rasa macam nak cerita pasal sorang kawan ni. Sangat respect dengan dia.

Kami kenal hujung tahun lepas via site antarabangsa. Jika dikira, dia pengikut ajaran yang baik. Jarang minum arak (bila ada event je) , tak main perempuan, tak berzina, pergi gereja setiap minggu. Well, its quite awesome untuk orang barat yang tak mengikut budaya barat untuk hidup, bagi saya.

Saya banyak belajar hal perbezaan agama dengannya. Alhamdulillah.

Awalnya, dia susah nak terima tentang Islam sebab katanya its a strict religion. Banyak sangat rule yang kadang-kadang macam mengarut (bagi mereka). Juga sebab faktor media.

Sampailah akhirnya dia amazed bila dapat tahu rupanya agama-agama monotiesme (Islam Kristian yahudi) ni asalnya daripada satu. Cucu cicit Nabi Ibrahim. Dan sejak itu, bila mana dia bentangkan cerita-cerita kenabian dari Bible dan Torah, dia suka dengar kisah dari Quran juga. Sebab kisahnya sama. Cuma nama yang bertukar.

Satu hari, dia bertanya dalam gurau. Kononnya main teka-teki. "Cuba teka kenapa Bible lagi senang nak dapat daripada Quran? Kamu boleh dapatkan Bible merata-rata secara free, tapi tidak Quran"

Jawabnya; " sebab orang Islam pandang Qur'an ni kitab yang suci. Bukan macam kami. Bible hanyalah buku, yang ditulis balik oleh apostles. Quran ada satu. Tapi kami ada banyak versi. Dan setiap versinya ada yang bercanggah. Saya sendiri tak mengamalkannya sepenuhnya. Ikut mana yang dikira logik."

Saya tergamam. Banyak lagi perbualan yang dia reveal cara pemikiran penganut Kristian sebenarnya. Yang masih jadi keraguannya sebab dia sukar nak terima Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir dan Allah itu Tuhan yang Satu.

Walau pernah dia betulkan kesilapan English saya bahawa Allah bukan nama. Dia adalah Tuhan. Walau dia sendiri confuse dengan konsep trinity

Dan mungkin juga sebab keluarganya. Seems namanya sama dengan mendiang datuknya yang berjaya kristiankan 2000 orang, buatkan dia lagi bimbang akan penerimaan mak ayahnya.

Amazed. Sebenarnya mak cik (emaknya) sendiri pun banyak tahu tentang kisah-kisah agama monoteisme dan dia bersetuju dengan kebanyakan cerita. (Kawan saya banyak rujuk emaknya .) Cuma mungkin ada yang jadi kekeliruan mereka anak-beranak. Wallahualam.

Apa yang saya nak sampaikan; percanggahan pendapat tu biasa. Lagi-lagi melibatkan isu - isu sensitif. Tapi kalau kedua-dua pihak berlapang dada menerima, kebencian takkan ada. Saling memahami lagi terpupuk. InsyaAllah..

Screenshots :








No comments:

Post a Comment