Tadi, roommates hangat sembang pasal babi dan arak. seperti biasa, aku lebih selesa mendengar.
rata-rata bersetuju dengan 'aku rela memilih arak berbanding makan babi'. sebabnya, babi tu kotor. nanti makan perut berulat. bla bla bla. yada yada yada. pendapat mereka betul. sejarahnya babi, Allah ciptakan dalam kisah bahtera Nabi Nuh untuk bersihkan bahan kumuhan (baca : najis) yang dibuang oleh 'penghuni-penghuni' bahtera.
aku tergelak sendiri. dalam hati. ku cuba sampaikan pendapatku pula. seperti biasa, pendapatku diperlekeh. adat cara pemikiran yang berbeza. majoriti takkan cuba mendengar pendapat minoriti.
kalaulah mereka sedar, perihal babi dosanya cuma setakat itu. perihal arak, dosa dapat, laknat pun dapat.
aku tidak mengatakan lebih baik makan babi daripada minum arak. aku tidak menafikan kedua-duanya adalah isu berat, kenapa perlu memilih yang haram antara yang haram?
apa yang aku cuba sampaikan adalah kedudukan arak itu sendiri dalam Islam. peringatan semula buat kita yang selalu lupa.
"Dari Anas bin Malik katanya : Bahawasanya Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak iaitu : Yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan".(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
melayu dan babi,
anti-nya setara langit dan kerak bumi.
wallahualam.