"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

24 August 2015

ANGAN-ANGAN, SEJAUH MANAKAH?

          Pernah seorang konsultan berkongsi perihal impian dan cita-cita. Topik hambar yang selalu dilepas pandang. Impian dan cita-cita adalah dua 'elemen'yang saling berkait. Bezanya hanyalah usaha, Kenapa?

Kerana impian tanpa cita-cita adalah angan-angan.

          Cita-citalah yang mennggerakkan diri kita untuk berusaha bagi merealisasikan impian, hakikatnya. Analogi mudah; kita mahu kaya. Kita mahu kereta mewah. Kita mahu banglo tiga tingkat lengkap dengan nature view atau swimming pool. Ini dikategorikan dalam IMPIAN. Yang merealisasikannya adalah CITA-CITA.


          Apa yang kau duk merepek ni, minah?

          Okey. Tanya hati, apa kira kita dapat rumah besar , kereta mewah, hidup kaya secara percuma? Benar, semuanya memerlukan wang. Nah, apa pula yang mendorong kita untuk mencari wang? sudah pasti lah cita-cita! Cita-cita untuk bekerja itu ini, Cita-cita untuk mendapatkan itu ini. Tak ke?


REALISASI IMPIAN

          Saya pernah digelakkan ramai orang apabila mereka melihat saya bersungguh-sungguh mengikut tips mudah yang pernah dikongsi konsultan itu. Walaupun ketika itu, saya tulis hanya suka-suka bagi memujuk rajuk sendiri. :P

TIPS 1: Tulis seratus (atau lebih ) impian. 

          Maka bermulalah sesi angan-angan. Saya senaraikan saja apa yang terlintas, tidak kira bunyinya kedengaran logik atau tidak. Sesekali tergelak sendiri memikirkan impian yang berlari di mata pena,

          Salah satu impian (baca : angan-angan) saya adalah membuat bisnes mengait.  Waktu itu, kemahiran saya dalam asa mengait hanya satu; membuat 'çhain' atau 'tali air' dengan rating 1 daripada 5 (kira faktor kekemasan dan kelancaran kerja. :P ) Itu pun setelah berjam-jam bertarung dengan demonstrasi buku kait lama mak. :3

          Kata mudahnya; tahap kemahiran saya adalah kosong.

          Hendak dijadikan cerita, keesokan hari saya pergi ke pejabat sekolah bagi urusan kemasukan gaji (saya baru sahaja tamat tempoh guru ganti) . Kebetulan ketika itu Kak Na sang kerani mengeluarkan kerongsang-kerongsang kait ke atas meja.

          Kami berbual sedikit sebanyak sehinggalah Kak Na tiba-tiba bertanya; "Mahu jadi business partner akak?" (untuk bantu beliau dalam bahagian jualan)

          Saya terkejut. Sepantas itukah?

          Katanya mudah. Kemahiran boleh belajar. Antara nak tak nak saja. Setelah difikir-fikir dan meminta pandangan mak, saya bersetuju. Memandangkan cuti semester masih berbaki tiga minggu. Maka bermulalah episod 'mengait-satu-jam-seminggu' di rumah Kak Na..

          Hasilnya; saya dah pandai buat kerongsang dan tapak bekas botol air! :D


KONSISTEN 

Semester baru 2013.


          Saya mula mengait kerongsang untuk upacara konvokesyen pelajar lepasan ijazah di universiti. Sejujurnya saya masih tidak serius dengan perniagaan ketika itu, cuma berniat menemani rakan yang menjaga gerai sahaja. Namun hasil kait saya mendapat sambutan yang memberangsangkan. Cukup untuk membuatkan saya rasa bangga dan puas hati melihat para pelanggan memakai kerongsang-kerongsang itu,

          Sehinggalah timbul persoalan yang menjentik hati saya. 'Sampai bila saya harus pandai mengait kerongsang saja?'

          Saya mula melihat tutorial-tutorial yang dikongsi di laman YouTube. Cuba-cuba membuat bentuk rama-rama dan beruang (baca : applique) . Banyak kali try and error lantaran tidak begitu faham dengan istilah-istilah mengait yang digunakan.

          Bosan mengait paten-paten applique, saya cuba pula mereka bentuk bekas pensel dan beg. Mengolah balik asas kait botol air dan beberapa lagi teknik mengait yang lain. Sehinggalah saya tergerak hati untuk mengait anak-anak patung untuk dijadikan keychain dan hadiah.

          Awalnya, semua hasil yang telah saya siapkan, saya hanya hadiahkan sebagai cenderahati. Kebiasaannya mereka yang minta saya buatkan itu ini. Contohnya, kasut bayi dan skaf rambut. Suka. Mereka secara tidak langsung telah menyumbang idea untuk saya mencuba paten baru.

          Kini, saya sudah mampu membuat apa saja tanpa merujuk tutorial di YouTube. Saya juga sudah mampu membaca dengan lancar tiap-tiap istilah di laman-laman blog antarabangsa. :)


CABARAN

          Lumrah pelajar, hidupnya takkan lepas dari kerja-kerja rumah (baca : homework) , assignment, test, quiz, finals. belum lagi masuk bab mengendalikan program dan sebagainya. 

          Tipu jika saya katakan saya berjaya seimbangkan kedua-duanya sekali. 

          Pernah, saya dikehendaki menyiapkan lebih kurang 20  tempahan dalam masa sebulan sahaja. Bagi membuka pre-order baru. kebanyakan tempahan yang dibuat adalah anak-anak patung. Purata masa untuk satu anak patung siap lebih kurang 3-6 jam, bergantung kepada tahap kesukarannya. Ada juga yang mengambil masa dua hari untuk betul-betul sempurna.

          Kecenderungan saya mengait banyak kali membuatkan pelajaran saya terabai. banyak kali saya belajar di saat-saat akhir demi menyiapkan tempahan para pelanggan. Hati banyak menegur, mengingatkan kembali akan prioriti.

          Akhirnya saya mengambil keputusan mengehadkan jumlah tempahan agar saya dapat mengimbangi semula semua pelajaran saya. bukan sekadar menyiapkan assignment dan belajar untuk peperiksaan sahaja.

TIPS 2: Utamakan ilmu melebihi pelanggan

          Teguran menarik daripada abang kesayangan saya;




          Ketika ini, saya mengadu kepadanya, tentang kepenatan saya dalam menyiapkan tempahan-tempahan pelanggan. Bukan bermakna semangat belajar saya sudah meluntur, tetapi akibat kepenatanlah saya ambil ringan tentang akademik.

          Padahal keesokan harinya saya perlu menduduki weekly open book test, di mana- mana alhamdulillah saya dapat skor dengan baik pada minggu-minggu yang sebelumnya. Tidak dinafikan kebenaran kata-kata abang saya; belajar saat-saat akhir sememangnya membuatkan otak lebih penat. Lebih sadis, bukan semua topik yang telah direvisi kekal dalam ingatan untuk dilontar pada kertas keesokan harinya.


KESIMPULAN

          Tidak saya katakan, dengan menulis 100 impian, ia akan terus menjadi kenyataan. suka saya simpulkan, dengan adanya impian, diri kita sendiri akan bergerak untuk merealisasikannya. dengan menulis impian, kita seolah-olah 'nampak akan siapa kita di masa hadapan.

          Tambahan, usai saja saya menyenaraikan 'angan-angan' saya, saya bahagikan secara kecil yang mana boleh dicapai dalam masa terdekat dan tidak. kemudian saya rancang pula apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan impian saya tercapai dalam waktu yang telah saya jangkakan.

Sesungguhnya saya percaya, semakin jelas visi, semakin mudah impian tergenggam.

Jangan lupa berdoa. Kita ada Tuhan yang suka memakbulkan.
InsyaAllah. :)


credits



         








No comments:

Post a Comment