![]() |
| credit photo |
Anis mimpi lagi. mimpikan arwah Filzah yang
kelihatan marah padanya. entah kenapa. padahal si dia muncul dalam senyum.
membawa Anis kembali mengingati momen-momen mereka sepanjang persekolahan dulu,
dari Tingkatan Satu hinggalah Tingkatan Lima. ya, Filzah itu rakan sepasukan Anis
yang paling baik yang dia pernah ada.
Anis tersedar. Jam
menunjukkan pukul 6:49 petang. bila-bila sahaja waktuu Maghrib akan masuk. 'Allah,
Asar tak solat lagi ni!' Lantas Anis bergegas ke bilik air, mengambil wudhu
lalu membentangkan sejadah menghadap kiblat.
