“Buat apa tu Athirah?”
Pensel yang melakar masih lagi berlari di atas kertas. Fokus pada garis tidak
teralih.
“Urus masa.” Pendek Athirah
menjawab. Pembaris pula dicapai, digaris
arah melintang. Mata pensel berlari lagi. Asma menjeling dari hujung katil.
Rakan biiliknya itu suka sungguh buat perkara pelik-pelik. Urus masa?
Buat apa nak urus lagi. Allah kan
dah bagi masa dua puluh empat jam seorang. Lagi pula, kan kita ni pelajar..
sudah semestinya masa telah pun ‘diurus’ oleh pihak pentadbiran. Kita sendiri
sudah tentu tahu bila masanya untuk belajar, bila masanya untuk ke kelas,
beriadah, berehat tidur malam, bla bla
bla yada yada yada.. Tak ke? Dan… Macamlah jadual yang diatur dek diri
sendiri tu diikut sepenuhnya. Gempak saja lebih!
Asma cuba untuk melelapkan mata buat
kesekian kali. Diiringkan badannya ke kanan dan ke kiri, mencari-cari posisi
yang selesa. Namun masih lagi gagal. Akhirnya dia mengangkat tubuhnya dari
katil, malas. Lalu dia menarik kerusi dari meja belajarnya mendekati Athirah.
Dia duduk. Tangan kirinya menopang dagu pada meja. Merenung gerak kerja
Athirah. Athirah langsung tidak menghirau tindak-tanduk Asma di sebelah. Ralit
dia menulis nombor-nombor yang Asma kira, mewakili jam dalam satu hari. Ditulis
pula si Athirah hari-hari dalam seminggu di pangkal kertas.
“Kau betul-betul patuh ke dengan
jadual ni nanti?”
“InsyaAllah,
trying.” Athirah senyum nipis.
Tangannya lau mencatat rutin harianya pada jam-jam tertentu.
“Kenapa
kena urus masa?” Lagi Asma bertanya. Mencari ruang sembang sebenarnya.
“Sebab
aku tak pandai nak atur hidup aku betul-betul. Sayang kalau masa tu kau buang
macam tu je. Kau takkan dapat claim
balik masa tu bila kau nak nanti.”Kerja terjeda seketika. Anak mata Athirah
tepat memandang wajah Asma. Dia tiba-tiba teringat akan kisah Imam Al-Ghazali dengan anak-anak
muridnya bila mana beliau bertanya enam soalan.
Soalan yang pertama, Imam Al-Ghazali bertanya, “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Lalu murid-muridnya menjawab dengan pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan orang tua, ada yang mengatakan guru, teman juga kaum kerabat. Lalu Imam Al-Ghazali menjawab, “ Benar, Semua itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati.” (Surah Ali-Imran : 185)
Imam Al-Ghazali bertanya pula soalan yang kedua, “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?” Lalu murid-muridnya sekali lagi memberikan jawapan yang berbagai-bagai. Ada yang mengatakan negeri China, ada pula yang mengatakan bulan, ada yang berkata matahari juga bintang-bintang. Imam al-Ghazali kemudian membalas, “ Benar. Semua itu benar sekali, tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari in hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”
Seterusnya, Imam Ghazali bertanya lagi, “Apakah yang paling besar di dunia ini?”Seperti tadi juga, murid-muridnya petah memberikan jawapan gunung, matahari dan bumi. Imam Ghazali seraya membalas, “ Benar, semua itu benar. Tetapi yang besar sekali di dunia ini adalah hawa nafsu. (Surah Al-A’raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Soalan yang keempat pula dibentangkan, “Apakah yang paling berat di dunia?” Murid-murid itu masih lagi memberikan jawapan yang berbeza. Ada yang menjaab baja, besi juga gajah. Berkata Imam Ghazali lagi, “ Benar, semua itu benar. Tetapi yang paling berat adalah memegang amanah (Surah Al-Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, gunung-ganang, dan malaikat-malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya beebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Kemudian beliau bertanya lagi, apakah yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, ada yang menjawab angin, debu malah daun-daun. Namun begitu, Imam Ghazali membalas lagi, “Benar, semua jawapan kamu benar. Tetapi yang paling ringan adalah yang meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudahnya meninggalkan solat.” Na'uzubillahi min zalik.
Akhir sekali, beliau bertanya, “Apakah yang paling tajam sekali di dunia?” Tika itu, murid-murid serentak menjawab, “Pedang!” Dan Imam Ghazali menambah, “ Benar, semua itu benar.Tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.”
Terkesan.
Masa lalu adalah yang paling jauh. Walaupun sebenarnya ia sering berputar dalam
hidup sehari-hari. Kitalah yang jarang peka akan yang satu itu.
“Lagi
pula, kau tak ke sikit ada rasa gerun ke bila Allah sendiri pernah bersumpah
atas nama masa?” Tambah Athirah lagi, sebelum kembali menghadap kerjanya yang
tergendala.
‘(I) Demi masa.
(II) Sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian.
(III) Kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran.’
Surah
pendek tiga ayat itu terlintas di hati. Cuba dihadam maknanya sekali. Al-Asr.
Masa. Asma diam. Hilang kata untuk membalas. Dalam hati, sepenuhnya dia
mengiyakan.
“Hidup tak terurus pun, bahagia je
aku tengok kau. Kau boleh je manage
banyak kelab, pegang jawatan itu ini, join
segala aktiviti dakwah usrah bagai. Pergi kem situ sini lah. Tambah bahagia
juga bila aku tengok kau punya pointer
every semester tinggi melangit! Tak macam aku balik kelas tidur makan, pointer ciput je..” Asma sengaja
memprovok, tidak mahu ‘menampakkan’ pujian melambungnya kepada Athirah. Jauh di
sudut hati, dia sebenarnya cemburu dalam kagum. Athirah orangnya sangat hebat,
mampu uruskan serba-serbi.
“Aku ‘hilang’ masa dengan Tuhan,
Asma..” Tenang Athirah bersuara. Langsung tidak terkesan dengan provokan Asma.
Malah Asma pula sekali lagi bisu. Tersentak dengan jawapan selamba yang terbit dari
bibir Athirah. Malu.
Dinginawal pagi terasa menggigit.
Tingkap bilik ditutup, tirai diturunkan. Terasa lega sedikit. Sesekali keriutan
kipas siling kedengaran. Mujurlah esok hari minggu. Bolehlah celah guna masa
buat menda alah ni sekejap. Esok ada meeting POSHe (Positive Shelter Home)
pula. Program untuk kanak-kanak Positif HIV di Klang. Petang sikit ada usrah
mega, gabungan usrah dengan pelajar-pelajar USIM pula. Allah..
Athirah mengeluh perlahan. Berat
terasa di pundak. Ibu jari dan jari telunjuk mengurut pelipis tanpa sedar.
Haruman kafein menusuk hidung dari
jauh. Kedengaran pintu bilik ditutup. Athirah berpaling. Asma tersenyum sambil
menatang dua biji mug di kiri dan kanan
tangannya, menapak menuju kearah meja. Entah masa bila dia keluar bilik,
Athirah tidak perasan.
“Asma, nanti besar sikit kita kahwin
sama lah. Suka betul aku ada orang prihatin macam ni!” Athirah bercanda.
“Hoih. Nak rasa azab buatlah!” Asma
membidas, dalam candaan juga. Tawa pecah.
Rata-rata penghuni asrama itu sudah
lena. Manakan tidak, jam sudah pun menginjak ke angka dua. Namun mata dua
mahasiswi itu masih lagi segar. Kesan penangan kafein barangkali.
“Athirah, ajari aku..” tutur Asma.
“Yang tiba-tiba keluar tajuk lagu
Anuar Zain dah kenapa?” Athirah gelak. Sisipan kafein dibibir terhenti, seraya kepalanya
diteleng ke arah rakan di sebelah. Elok saja cara duduknya. Satu kaki memijak
lantai, satu lagi dilipat rapat ke dada. Sopan sungguh!
“Ajari aku cara nak atur masa,” Asma
sengih.
Dua
jari diangkat. Peace. Sengih Asma
berjangkit pula pada Athirah.Mug berisi kafein diletak tepi, menjauhi
kertas-kertas yang berterabur di atas meja belajar itu. Pensel tekan dicapai
kembali dari celahan kertas, bersedia untuk melakar. Athirah menarik pula
sehelai A4 kuning kosong dari tindihan peket Foolscap 80gsm dan planner-nya.
“Aku
tak la expert mana. Ni cara aku
buatlah, tak tahu la kau boleh ikut ke tak. Hehe..”
“It’s okay. Just carry on.”
Athirah
melakar kasar garisan atas A4 kuning itu. Sama seperti yang dilakukannya
sebelum ini.
“Kau
buat macam jadual waktu sekolah. Senaraikan jam di sini, dan hari di sini.
Macam biasa lah. Lepas tu, kau isi pula masa-masa yang ‘wajib’ kau buat.”
Pensel makin laju berlari di atas kertas.Sesekali Athirah menekan-nekan hujung
pensel.
“Okey,
kita start dengan weekdays dulu. Let’s see, every Monday, our classes start on 9am. And end at
4pm..” Mata pensel menanda laju perkataan ‘KULIAH’ pada jangka masa 0900 hingga
1600. Athirah kalau dah serius macam tu lah. Cakap Bahasa Inggeris macam cakap Bahasa Melayu.
“..then, we have some riadah in the evening..”
Perkataan ‘RIADAH’ pula di isi pada jam 1700 hingga 1800.
“..
so currently tu je lah basic routine kita kan? Okey, from here we can clearly see that..
berapa banyak masa senggang yang kita sebenarnya dah buang, bukan?”
Asma
mengangguk. Gila banyak aku buang masa selama ni! Habis tu aku buat apa je eh?
Rasa nak hantuk kepala ke meja.
“Cuba
kau isi jam-jam yang still kosong tu
dengan rutin harian kau.”
A4
kuning ditolak pada Asma. Dihulur pula pensel tekannya itu. Khusyuk Asma
mengisi, tak pandang kiri kanan.
“Okay, done.”
“Then, aku nak kau isi pula masa free yang kau ada tu. Agak-agak je lah kau nak buat apa masa tu.”
Asma
menurut. Diisi lagi jam-jam kosong yang tinggal.
“Qiamullail..
gosok baju.. basuh baju.. outing..
bagi makan kat Osman..” Asma mengomel di bawah sedar.
“Serius
lah wei bagi makan ikan pun masuk dalam list?” Pecah ketawa Athirah.
“Ha
la.. kot mati ikan laga aku hang nak bagi nyawa balik?” Sarkastik Asma
menjawab. Diteruskannya lagi tanpa mempedulikan gelakan Athirah yang masih
bersisa.
“Dah
siap.”
“So, your schedule is done.” Athirah
membalas tanpa nada.
“Macam
ni je?” Asma bertanya, riak tidak percaya.
“Ya
lah. Nak yang macam mana lagi?” Asma garu kepala tak gatal. Athirah menyambung
lagi.
“Kalau
ada apa-apa event yang tak dapat nak
dielakkan macam mana pula, Athirah? Lagi-lagi hari minggu. Pihak universiti banyak buat program..”
“Pandai-pandailah
ubah. Cover balik bila-bila patut. Especially yang masa untuk ulangkaji tu.
Kalau habis malas pun kau nak buat jadual, beli planner macam aku ni. Tapi cari yang dia buat macam diari tu la.
Ada tulis kat kiri buku ni jam berapa, ni jam berapa. Yang aku punya ni yang monthly planner.” Panjang Athirah
terang. Planner nipis berkulit itam
itu ditarik dari bawah peket Foolscap. Dibelek sepintas lalu pada Asma.
“Once kau dah ada planner tu, kau plan roughly
la kau nak buat apa dalam masa seminggu awal. Nanti tambahlah mana yang patut.
Tapi daily planner ni kena buat
hari-hari lah. Kau plan habis sepanjang hari mendatang. Tak la pening nanti kau
nak ubah rutin kau macam mana. At least,
when you already have the plans, you know where have your time be wasted.”
Bahu Asma ditepuk lembut.
“Failing to plan is planning to
fail.” Asma menyambung tenang. Pepatah famous entah dari siapa. Perlahan dia
mengeluh. Sungguh lah aku buang banyak masa rupanya selama ni..
Athirah
menarik senyum segaris.
“Kejap,
aku nak tambah something kat draft schedule kau,”
A4
kuning beralih tuan. Asma hanya memandang kertas itu, kosong. Athirah mula
menconteng bahagian atas kertas sebesar mungkin. Sedikit-sedikit huruf yang
tertulis menampakkan makna.
SILA
PATUH!
Dan
tika itu juga, kaki Athirah disepak laju.
---------------------------------------------------------------------------------
Dedikasi nama :
(i) Asma Daud, kenalan jauh yang baru sekali bersua muka.
(ii) Addin Lee, kenalan baru dari Aman Palestin Cawangan. Masih lagi tidak berpeluang untuk bertemu empat mata.
(iii) Osman si ikan laga.
Sudah arwah kerana ajalnya . Peneman sunyi penghibur duka.
(iv) POSHe; Rumah Perlindungan untuk Kanak-Kanak Positif HIV. Kalian selalu dalam ingatan.
Dedikasi kisah :
Addin yang maha
sibuk. Semoga berjaya mengatur masa sebaiknya. Juga buat Shahizzat yang pernah bertanya.
Ku hanya mampu menunjuk cara,
namun langkahnya anda jua yang perlu usaha.
Sungguh diri ini tak sempurna,
Moga Allah redha.
22 Ramadhan 1435H
[2330H-0054H;20072014]

No comments:
Post a Comment