15 Jun 2014 - 02 Julai 2014.
SK Kampung Nyior, Paka.
Siapa sangka, 14 hari itu rupanya menumbuhkan cinta.
Cinta akan Dia, yang memandang dengan kasih
Tatkala terpegun melihat Ammar lantang berdiri di khalayak
Mengakui kesilapan yang telah lama dibuat
Cinta akan Dia, yang mencampakkan rasa rendah hati
Tatkala menjadi sang pemerhati, bila mana mereka 'bergusti'
Yang ber-martial art, lembut mereka mengelak
Sesekali melawan balas, tidak mahu dipandang culas.
Cinta akan Dia, yang mencipta suasana
Tatkala melayan Azam yang langsung tak mahu berenggang
Akunya jelas, 'Cikgu milik saya seorang!'
Cinta akan Dia, penyalur segala kekuatan
Tatkala Azam lemah, Shahrul pula hilang daya
Disentap banyak ketika, kita rebah tanpa Dia.
Cinta akan Dia, pemilik rasa cinta
Tatkala dia tempang, tak dibiar selamanya kelam
Adanya rakan-rakan, tak jemu menceriakan.
Cinta akan Dia, yang menebar rahmatNya tanpa pilih
Tatkala Shahrul tenang bersuara, Allah bagi sakit bukan saja-saja
Jika mati pun tak mengapa, kita masih disayangiNya
Cinta akan Dia, yang mendidik dengan sabar sekali
Tatkala meladeni karenah yang sering menguji rasa
Ya Tuhan, bagaimana denganku sekian lama?
Memoir 4 Mulia
Mereka ada seperti tiada
Padahal kitalah buta
Mana berlian dan mana kaca.
4 Mulia.
| dari kiri; belakang : jidane, hakim, haikal, najmi, sufairi, shahrul, azri dari kiri; depan : che danish, nizam, saya, azam, |
First time mereka datang rumah.
Lepak di rumah Azam.
Shahrul sesak nafas.
'tak semestinya yang belakang itu tiada harapan,tak semestinya yang depan itu cerah masa depan.'
'Kalau nak hukum mereka bodoh hanya kerana lembap dalam pelajaran, mengapa tidak dihukum bodohnya monyet sebab tak pandai berenang?'



No comments:
Post a Comment