"Azan dah nak masuk. Jom get ready!"
Fokus pada tugasan Object-Oriented Programming teralih. Dilihat rakannya itu sedang menyiapkan juadah untuk berbuka. Puasa sunat hari Khamis katanya. Laju Rainnie duduk bersila di hadapan juadah. Getah plastik paprik ayam dan tomyam seafooditu dibuka. Dicurah pula kedua-dua lauk itu ke dalam polisterin nasi.
Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib berkumandang. Mata masih lagi tertancap pada rakannya di hadapan yang sedang mengangkat tangan menadah doa. Dia mengikut rentak. Usai sahaja, cepat-cepat Rainnie menjamah nasinya. Senang hati dia ketika ini. Berselera sungguh dia makan!
"Nuha, nanti I nak ikut you solat Maghrib ya!" Dia berkata sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
"Why not?" Nuha sengih.
"Tapi I tak ada telekung. Roommates I yang lain semua pergi masjid. Tak dapatla nak pinjam," Rainnie menambah, sedikit kecewa.
"You nak pakai telekung ke? I ada lebih, " tawar Nuha, senang hati.
"Okey, nanti I kemas semua ni. You pergi turun bilik you ambil telekung." Nuha mengangguk dalam senyum. Mereka tidak tinggal di bilik yang sama atas faktor pengurusan. Rainnie adalah pelajar kadet manakala Nuha pula pelajar awam di universiti itu. Mereka saling mengenali hanya kerana mereka sama kelas dan jurusan; Sains Komputer Keselamatan.
*****
Beberapa minit kemudian...
"I dah hafal macam mana nak ambil wudhu. I pernah tengok dalam buku, tapi I nak you ajar I semula," Rainnie bersuara ketika kaki mencecah ke lantai tandas.
"Okey," Nuha membalas pendek. Senyum tidak lekang. Sesekali dia menjeling pada sahabatnya di sebelah itu. Tidak sangka Rainnie juga begitu.
"You jangan pandang I macam tu! Malulah!" Tidak semena air yang ditadah ditangan Rainnie simbah. Basah leher baju. Nuha tergelak.
“ Mana ada! You tu perasan lebih!" Rainnie turut sama gelak.
"Okey-okey, kita serius. Maghrib dah masuk waktu lama dah.." Nuha menambah, Menahan tawa yang semakin menggeletek tangkai hati. Sesekali Nuha membetulkan cara rataan air wudhu Rainnie.
Usai wudhu, Nuha membacakan doa. Rainnie cuma menurut. Sejadah dihampar menghadap kiblat. Rainnie terkial-kial memakai telekung. Nuha cuba membantu mengikat tali telekung di kepalanya. Terpaku sekejap Nuha.
Subhanallah... cantik! Puji Nuha dalam hati. Riak terharu ditahan. Nuha senyum lagi, makin mekar. Sungguh, senyumnya tidak lekang langsung sejak awal tadi!
"I tak nak duduk sebelah you, I nak duduk belakang. sebab nanti you gelakkan I lagi.." Rainnie bersuara merendah diri.
Sekali lagi pecah gelak Nuha. Dan tanpa sedar, tubir matanya mula panas. Dia cuba menyembunyikannya dalam tawa. Rainnie, tetaplah kamu dengan pendirianmu. Kuatlah kamu kerana Allah. Dia ada bersamamu sepanjang masa..
Usai segala urusan, mereka diam di tikar sejadah. Wajah sama dipaling, dan ketawa pecah lagi.
"Nuha, I tak nak you nangis sebab I." Oh, dia perasan rupanya!
"Mana ada, I think I got a flu balik.." Alasan lapuk. Heh.
Rainnie, saya malu. Saya sedari awal dilahirkan dalam Islam, beribu bapakan Muslim, tapi saya tak segigih kamu dalam mencari sinar kebenaran. Berbanding kamu, tentangan hebat daripada masyarakat sekeliling. Tapi kamu tetap teguh, tidak mengalah dengan mereka.
Ya Allah, aku sedar dosa-dosaku terlalu banyak, mungkin kerana itu Engkau hadirkan dia untuk tampung balik setiap dosa-dosaku. Engkau sebaik-baik Perancang, ya Ilah. Teguhkanlah hati-hati kami dalam mencari-Mu, Wahai Pemegang Hati..
"I perasan, masa kita ambil wudhu tadi, setiap anggota yang kita sapu air tu semua kita doa untuk perlindungan masa akhirat nanti, kenapa ya?" Rainnie bertanya, naïf.
Nuha senyum lagi. Lantas dia bercerita akan keadaan manusia-manusia di Padang Mahsyar kelak. Dia cuba untuk menyampaikannya dalam bahasa yang mudah, dan senang faham.
"Nuha, kalau ikutkan hati I, I nak masuk Islam sekarang juga. Sebab I takut I tak sempat nak mati dalam Islam. Tapi I ada impian, I kalau boleh nak ucap syahadah depan mak ayah I. Biar mereka saksikan sendiri, I masuk Islam bukan sebab I jatuh cinta dengan Muslim. Tapi sebab I betul-betul nak masuk.." Untuk kesekian kalinya, Rainnie meluahkan perasaan. Nuha faham. Siapa tidak mahukan restu ibu bapa, bukan?
"Doa, Rainnie. Kuasa doa tu kuat. Sangat kuat. Dengan doa, hubungan you dengan Allah direct terus. Tak ada sesiapa pun boleh block antarayou dengan Dia. Dan Allah itu, sifatnya sangat kasih, sangat sayang, sangat dengar akan doa-doa hamba-hamba Dia. Sekali you nak dekat dengan Dia, berpuluh-puluh kali Dia kejar you dari belakang." Nuha cuba menyalurkan kata-kata semangat. Ya Allah, peganglah hati-hati kami ke arah jalan yang benar. Jangan Kamu bolak-balikkan hati kami, ya Allah..
"Rainnieingat ya, once you pilih jalan ni macam-macam yang you akan kena. Mungkin lebih teruk dari sekarang.Ttapi Rainnie tahu kan, Rainnie ada Allah.. Dia yang pegang hati-hati kita, Hati-hati manusia. Minta kekuatan dengan Allah, bukan dengan manusia. Minta doa bagi Mama dan Papa lembut hati. Minta semua dengan Allah. Tak payah malu-malu. Allah sebenarnya, bila Dia nak manja-manja dengan you, Dia akan bagi baaanyaaaaakkk sangat ujian! Sebab Dia nak tengok, you betul-betul ikhlas tak nak dekat dengan Dia. You mesti kuat tau!"
Perlahan belakang Rainnie diusap. Dalam pada itu, Nuha teringat akan sahabatnya Humaira, yang baru sahaja memeluk agama suci ini. Dan tentangan juga ujian yang diperoleh itu hampir-hampir membuatkan Humaira balik kepada agama asalnya kembali. Betullah. Jika kita berbuat sesuatu hanya kerana Allah, kita pasti akan teguh selama-lamanya.
Rainnie, kamu beruntung, sebab kamu dipilih oleh Dia. Kuatlah Rainnie, cekalkan hatimu. Aku akan selalu mendoakanmu.
"InsyaAllah.." Rainnie senyum, membalas peringatan Nuha tadi.
"You nak tengok tak Al-Quran I? Ada orang bagi hadiah kat I sebelum ni," Rainnie mengubah topik. Seperti kanak-kanak mendapat gula-gula lagaknya. Lucu. Rainnie bangun mencapai buku merah jambu dari atas rak.
"Tadaa..!"
Nuha ketawa. "Yang ni, kita panggil Iqra'. Al-Quran rupa dia macam ni ha.. tapi Al-Quran ada dua jenis. Yang I pegang ni, yang ada tafsir sekali." Nuha mengambil buku kecil biru warna-warninya dari atas meja.
Dia menambah lagi, "tapi kalau yang macam Syifaa punya tu, yang tak ada tafsir. Semua dalam bahasa arab." Telunjuk di arah pada kitab oren milik teman bilik Rainnie di atas meja paling hujung pula. Rainnie mengangguk faham.
"You dah baca sampai mana, Rainnie?" Nuha bertanya.
"Sini. Hani yang tolong check I baca betul ke tak," Jari telunjuk diarah pada muka surat buku merah jambu itu. Hani, juga salah seorang teman bilik Rainnie.
"Wah, pandainya you Rainnie! Oh lupa.. you kan ambil bahasa arab semester lepas. No wonder lah!" Nuha bercanda sambil memuji.
"Cukup gelakkan I, Nuha. You already knew I've failed that subject.'' Bahu Nuha ditolak kuat. Mereka gelak lagi.
"Nuha, lepas ni I nak solat tiap-tiap waktu dengan you tau! Youjangan lupa ajarkan I ya!" Sambung Rainnie lagi.
InsyaAllah Rainnie, selagi Allah berikan saya kesempatan untuk itu, insyaAllah...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dedikasi : Dia, si gadis Rainnie. Moga teguh di jalanNya.

No comments:
Post a Comment