"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

04 February 2015

Adamantium 2

memori itu menerpa lagi.

apa yang terasa,sepenuhnya hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang faham beratnya perasaan nak terima kebenaran. 

Wani,tak difikir apa perasaan keluarganya ? Mereka menanggung lagi teruk dari kamu. Allah..

Sebelum arwah pergi, Allah telah pun menguji aku dengan kehilangan seorang sahabat yang baik. Fatin Farah Faraddia. Pelajar Diploma Sains Sukan di UiTM Shah Alam.Terima kasih Ida atas khabaran berita. Terkejut, namun aku langsung tidak menitiskan air mata. Entah kenapa, aku sedih tapi lagakku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Seperti, kematian seorang rakan itu hanyalah perkara biasa. Tidak perlu begitu sedih sehingga menangis teresak-esak.


Mungkin saja kerana tika itu, ada sahabat-sahabat yang datang meluahkan padaku (dalam talian telefon) membuatkan aku jadi lebih kuat dari mereka.Mungkin juga aku sibuk menge-hack untuk deactivate akaun-akaunnya lantaran gambar-gambar yang tidak menutup aurat. (Terima kasih juga Moni Hassan membantu dalam hal ini.) Tetapi yang kelakarnya, seminggu selepas kejadian beransur reda, barulah air mataku tumpah deras. tidak dapat berhenti. Aneh. Entah, aku sendiri tidak faham sebenarnya akan apa yang aku rasa. 

Ayah ada menelefonku, bertanya tentang arwah Dhia. Itu pun apabila dia terbaca akhbar Berita Harian.
Itu pun beliau sekadar bertanya, namun beliau langsung tidak tahu, Fatin Farah Faraddia itu roommate ku yang baik. Sangat baik. Lima tahun kami melakar kenangan, walaupun mungkin tidak banyak.Sungguh, sesiapa pun akan jatuh sayang dengannya. 

Sebulan selepas itu, aku dikejutkan lagi dengan kemalangan yang meragut nyawa. 

Kali ini, dengar saja khabaran berita, air mataku langsung tak dapat dibendung. Sungguh, aku tidak percaya pada mulanya. Kerana kami baru saja berkirim salam sehari sebelum itu, walau aku tidak sempat menemuinya. 

Pagi itu, aku sudah pun berada di Johor. Tumpang beraya Aidil Adha di rumah kakak senior. Memandangkan tiket pulang ke Kelantan/Terengganu sudah pun habis. Allah sangat memudahkan perjalananku untuk ke Johor sehari sebelum itu. Namun Maha Suci Allah yang Maha Merancang, Dia sangat tahu apa yang terbaik. Jika ditimbal balik setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh itu, sungguh aku tak dapat berhenti ucap rasa syukur. Walau sejujurnya masih ada sedikit rasa terkilan kerana aku tidak sempat berjumpa dengan arwah buat kali terakhir. Apatah lagi memandikan dan mengkafankan beliau.yang ku sempat hanyalah menghantar jasad beliau ke dalam van jenazah. Itu saja. 

Awal berita itu sampai ke telingaku, sememangnya aku menangis teresak-esak. Namun beberapa minit cuma, apabila aku tersedar. Masih ada urusan arwah yang belum diselesaikan. Buat pengetahuan, arwah Ling Siik Ping kembali kepada Islam (reverted) tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dua minggu sebelum beliau kemalangan. Cerita sebelum dan awal pengislaman beliau biarlah aku saja yang simpan. Kerana ia ada kena-mengena dengan diriku juga. 

Tapi janganlah silap faham. Bukan aku yang 'menghasut' beliau untuk menukar agama Buddha-nya kepada Islam. Tidak. 

Berbalik kepada cerita, sebaik saja akal warasku menerpa, Aku bingkas bangun mempersiap diri. (Dapat tahu berita ketika aku masih lagi mamai. Terima kasih kak Ewa) Dan pagi itu, aku sibuk menghubungi Brother Firdaus Wong Wai Hung (atas bantuan seorang kawan Chinese yang reverted juga) berceritakan masalah pengIslaman arwah yang masih belum dikhabarkan kepada ibu dan bapanya. Bukan apa, aku cuma bimbang akan ada kes perebutan jenazah, lantaran aku tidak pasti sama ada urusan pendaftaran arwah sebagai seorang Muslim sudah selesai atau belum. Aku juga terpaksa menghubungi pegawai-pegawai atasan tentera yang terlibat dalam menguruskan hal pemergian arwah, memandangkan arwah adalah pelajar kadet. Jadi tidak mudah untuk aku orang awam 'masuk campur.' Namun kuasa Allah siapakan dapat halang. 

Subhanallah.

Aku langsung lupa akan sarapan sehinggalah digesa Kak Ewa dan Mak Cik. Kelakar. Rupa-rupanya, ada hikmah di sebalik Aidil Adha kali itu. 

Aku menelefon mak, meminta izin ingin ke Hospital Batu Pahat sebaik saja semua urusan hampir selesai.Hanya mengatakan ingin melawat rakan yang baru saja meninggal kerana kemalangan. Tidak ku khabarkan sang arwah itu sebenarnya 'jantung hati' aku. Suaraku tika itu juga tenang. Waras akal membataskan hati untuk bersedih menangisi. Ya bukan masanya tika itu. 

Tak, aku tidak menyalahkan sang ayah dan sang emak yang tak peka akan keadaan/perasaan sang anak.Aku tidak juga cuba menagih simpati dari mereka. Mungkin sifat berdikariku yang melampau membuatkan aku kekok untuk bercerita akan masalah atau apa saja dengan mereka. 

Maafkan wani, mak ayah.  

Sebaik sampai di hospital, kebetulan jenazah baru saja diangkat masuk ke dalam van, sebelum bergerak balik ke UPNM untuk solat jenazah kali kedua. Aku ternampak ibu arwah, juga adik lelakinya. Aku cuba mendekati, namun seperti terhalang. 'Mungkin bukan masanya sekarang' bisik hati. Air mataku terasa ingin tumpah kembali. Tak betah, tak percaya memikirkan jasad di dalam keranda itu milik sahabat terbaik. Entah bagaimana, Aku terbayang arwah melihatku dengan senyum.Di tepi van jenazah itu, di sebalik kesibukan mereka-mereka yang membantu. Aku cuba melafazkan zikir sebagai penguat hati, juga mengulang baca Fatihah untuk sang arwah. Juga untuk menenangkan hati. Waraslah akal, jangan menangis di sini ! 

Sehinggalah kak Umi menarik lenganku lantas memelukku kejap. Entah di mana letaknya rasa malu, aku menangis buat kedua kali. 

Banyak perkara berubah sejak itu. Untuk aku lebih-lebih lagi. Hampir dua bulan aku mengambil masa untuk neutralise-kan balik keadaan. Perlu diketuk diri sendiri banyak kali, agar terima kenyataan arwah sudah pun pergi. Namun sesekali gagal juga.Bukan aku tidak percaya kepada Qada dan Qadar. Malah di sebalik kesedihan itu, aku juga gembira. Allah memuliakan arwah sebenarnya. Meninggal ketika tidur, pagi Hari Arafah. 9 Zulhijjah. Insyaallah, beliau meninggal dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) .. cuma aku merasa kehilangan yang teramat; selepas hilangnya arwah atuk dariku. 

berbekalkan surat arwah yang terakhir, aku gagahkan juga kaki menapak hari mendatang. Aku bukanlah jenis yang senang buat teman. Aku sudah sangat terbiasa bersendiri, mungkin sebab itu. Dan atas sebab itu jugalah, impak kehilangan beliau sangat terasa hingga kini. Di sebalik gelak tawaku, di sebalik tenangnya bibir melafazkan nama arwah sekarang, sejujurnya aku masih lagi menangis ketika bersendirian. 

seperti detik ini. 

'kematian memang aneh. seminit anda ada di sini dan seminit lagi hilang begitu saja.' - anonymous





No comments:

Post a Comment