sometimes, being independent too much makes mom and dad feel they are not needed. - wani
Seringkali kesusahan mengajar aku untuk lebih kuat, lebih tabah. Namun banyak kali juga sedar tidak sedar, ada yang terasa. ada yang terkilan.
salah aku juga. pulang hanya sekali setiap semester. Dan jika pulang pun aku bukanlah selalu lekat di rumah. Lantaran kerja yang sudah diamanahkan, aku leka. Aku lupa, tugasnya seorang anak itu berbakti kepada ibu bapa, selepas Allah yang tercinta.
Sangkaku, mereka akan faham. Apa yang aku lakukan itu hanyalah untuk kebaikan. Setidak-tidaknya tidaklah menyusahkan mereka dari segi kewangan. Apakan daya, rupanya mereka memendam rasa. kata ayah, harapannya jika aku pulang, bolehlah aku bantu kerja-kerja di rumah.
aku tidak mengatakan aku tidak menolong mereka langsung-langsung. cuma bagi mereka, apa yang aku tolong itu boleh dikira dengan jari berbanding masa yang aku habiskan di luar rumah. sungguh apa yang mereka katakan itu benar belaka.
maafkanlah wani, mak dan ayah.
semester baru ini, aku masih dalam dilema. melawan jahatnya nafsu ego dari mengatakan maaf secara terus kepada mereka. hati, masalah apa yang yang menyerangmu?
Tuhan, bagaimana harus ku fahamkan mak ayah betapa aku sayangkan mereka?
mungkin, kamu patut belajar meluahkan cerita hidup dan masalahmu kepada mereka, wani.

hmm. peratusan hati mengatakan 'tidak' masih lagi merajai. kerana mereka yang mengajarku berdikari. menanggung sendiri setiap masalah yang dicari. tidak ku salahkan cara didikan mak ayah kepadaku yang lebih keras berbanding saudara-saudaraku yang lain. normal bagi anak yang degil dengan bonus suka buat masalah dilayan dengan cara yang berbeza. :P
beringatlah wani. Allah saja tahu rahsia umurmu dan umur mereka. berapa lama lagi agaknya sempat berbuat bakti? beringatlah juga, redhanya Allah terletak pada redhanya mak dan ayah. Murkanya Allah juga terletak pada murkanya mak dan ayah. berlembutlah dengan mereka.
jangan kerana kecewanya mereka kepadamu, buatkan rahmat dan restu Allah juga jauh darimu. juga, jangan biarkan sikapmu membawa fitnah kepada cara pemakaianmu.
'tidak cium bau syurga bagi anak yang derhaka'-hadis
moga teguh.
No comments:
Post a Comment