"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

06 March 2015

The bitter truth


Baru-baru ini saya telah meninggalkan komen pada satu page di facebook; bukanlah menghina. cuma menyindir statement yang telah mereka buat dan kongsi hanya semata ingin menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama keganasan. 

"pfft. it's not a weird thing to see all those post you shared. seems you're anti-Muslims. The likers also. But somehow, even zero plus zero can never get one, how come you can think all the lies you fed them will turn out into a truth? kahkah. 

ban me. or block me. that really shows me, you're wrong." 

Lebih kurang begitulah bunyinya. 

Hari ini, post dari page itu masih lagi naik ke wall saya. namun bezanya, saya sudah tidak dibenarkan untuk komen. hanya mampu baca. saya cari balik komen yang telah saya buat sebelum ni, dan seperti jangkaan saya komen itu sudah pun di-delete. 


post yang telah saya komen

Hati remuk-redam. pedih. bukan kerana saya kecewa saya di-ban dari page itu. malah saya langsung tak kisah, kerana saya yakin saya di pihak yang benar ! 

tapi adakah semata saya tahu saya di pihak yang benar, mereka akan dengar dan kisah dengan apa yang saya akan katakan?

Banyak kali saya termangu, berfikir sendiri. sebelum kali ini terdetik rasa untuk berkongsi. moga-moga sedikit sebanyak dapat membuka mata kalian. 

betapa beruntungnya bumi Malaysia tidak diuji dengan bencana perang secara nyata. 
betapa beruntungnya Malaysia, Allah masih lagi kurniakan nikmat untuk masih lagi bebas menyebarkan dan menegakkan agamaNya dalam diri dan masyarakat. 
betapa beruntungnya Malaysia, pihak-pihak agamawan terus mengambil tindakan bagi mana-mana pihak yang cuba untuk rosakkan agama Islam itu sendiri di tanah air ini. 
alangkah beruntung, jika mereka tahu masyarakat Islam di negara lain sangat-sangat memandang tinggi Malaysia . hanya kerana penyebaran Islam yang tiada tentangan!

saya tidak mahu ceritakan hal perang Syria-Palestine segala di sini. Saya tahu kalian sendiri sudah pun muak untuk berbicara tentang itu. Hal yang sama, perang tak habis-habis. sehingga sampai satu tahap, jahatnya nafsu menghasut untuk persetankan semua tentang perang dan nasib mereka di sana! bukanlah saya menuduh, saya lontarkan apa yang saya sendiri rasa hakikatnya. 

kerana kita begitu selesa, kita tak sedar apa yang musuh sekarang lakukan. maksud saya bukan saja dari segi 3S 2F (sport, sex, song, female, food fashion) yang media canang-canangkan. malah dari segi apa yang mereka perkatakan juga tentang hal agama kita, agama Islam. sungguh , tidak ramai yang cuba untuk ambil tahu hal-hal sebegini. 

sedangkan hal saya follow page-page yang 'pelik' seperti itu sebelum ini pun banyak kali saya ditegah oleh kenalan-kenalan sendiri. kata mereka, buang masa dan menyesatkan. ( oh lupa. saya masih follow page-page seperti itu untuk kajian personal saya. :P )

Ya, ia sangat menyesatkan. saya sendiri berjaga-jaga dalam membaca artikel-artikel yang dikeluarkan mereka, dan mencari balik jawapan yang sebenarnya di sebalik kenyataan palsu yang telah disebarkan. Sejujurnya saya tidak pernah mengambil kursus khas untuk mempelajari tentang hal-hal ini, namun itu bukan halangan untuk kita ambil tahu akan hal-hal semasa yang terjadi di sekeliling. 

HIGHLIGHT : kita sendiri yang memilih untuk ambil tahu atau tidak 
Hal ini mengingatkan juga tentang seorang teman jauh; atheist. Sungguh, saya berterima kasih kepadanya. Jika tidak kerana beliau juga, mungkin saya tidak akan lebih mencari tentang salah faham agama lain terhadap agama Islam itu sendiri.

bukan senang berhadapan dengan seorang atheist. saya sendiri mengakui. seseorang itu perlu sangatlah banyak membaca dan relasikan dengan fakta-fakta yang ada dalam menunjukkan kebenaran tentang agama Islam itu sendiri. mungkin kerana itu abang saya menegah untuk saya ber'debat' dengan mereka. hakikatnya; saya tidak berdebat. tetapi hanya menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh kenalan itu sendiri. dan saya banyak merujuk kepada kawan-kawan yang lebih tahu akan hal ini juga, bukan memberi jawapan secara membabi buta.

Sungguh, banyak ketika, setiap persoalan yang beliau bentangkan agak mencabar dan kadang kala saya sendiri ter-emosi. marah dengan soalan-soalannya yang membawa kepada hinaan ke atas agama Islam itu sendiri.


sedikit sebanyak perbualan saya dengan beliau

ini tidak lagi masuk topik rakyat Islam yang sedang berperang selain Gaza. Contoh : Perang di Selatan Thailand.

Sungguh, peduli tentang umat itu memenatkan, membebankan. masalah yang takkan pernah selesai hingga kiamat tiba.sama ada masalah dari luar atau dalam umat itu sendiri. hingga satu ketika, hati saya pernah terdetik; 'ah! abaikan segala. tunggu saja masa ia  ter-selesai sendiri!' bongkak sungguh!

Kerana itu, bersabarlah. Allah telah beli jiwa Mukmin dengan harga syurga. Tak mahu ke?

Persiapkan diri dengan ilmu. Perbaiki diri juga dengan mengamalkan ilmu. Kuatkanlah tekad dan hati. Allah sedang menguji ikhlasmu.

"Sesiapa yang mengucapkan 'La ilaha illallah' maka dia seorang dai'e."


credit photo







No comments:

Post a Comment