"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

01 December 2014

Hijrah Rasulullah (Ringkasan)

tiba-tiba terasa nak kongsi pasal ni, lepas baca sikit dalam kitab Fi Zilalil Quran Jilid 1.

'ecewah. sebut perkataan kitab je dah bajet hebat gila. baru baca 50 muka surat padahal. lol.' 

tak. tak. minta jauh la perasaan tu ya Allah.. nak cerita sikit je pasal penghijrahan Rasulullah. 
Kita refresh balik cerita yang ustad ustajah cerita kecik-kecik dulu. :P

Sila betulkan saya jika ada kesilapan di mana-mana. Saya masih dalam belajar, sesungguhnya.

Pada awal zaman keIslaman, ketika Rasulullah SAW masih berada di Mekah, baginda dikecam hebat oleh kaum Quraisy. sebab bawa ajaran baru (Islam) yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka sebelum itu. Kaum Quraisy sangat degil. Jadi Rasulullah SAW berusaha untuk cari tapak selain Mekah untuk melindungi dakwah Islam dan penganut-penganut Islam ketika itu dari penindasan kaum kafirun. 

Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya kemudian berhijrah Habsyah

Di Habsyah, ramai pengikut Rasulullah dari kaum Quraisy menetap di sini. namun bukan kerana mereka takut untuk meneruskan perjalanan mereka, malahan mereka adalah dari keluarga-keluarga Mekah yang mulia dan tidak boleh ditindas. Contoh; Jaafar bin Abu Talib, Uthman Affan Al-Umawi, Abdul Rahman bin 'Auf, Zubair Al-Awwam dan ramai lagi.

Dan dengan kuasa Allah, Najasyi Raja Habsyah telah memeluk Islam, tetapi secara sembunyi kerana bimbang dikecam oleh ketua-ketua agama kepada baginda. Hal ini banyak direkod dari riwayat-riwayat sahih.

Rasulullah dan pengikut-pengikutnya kemudian bergerak menuju ke Ta'if. 

Di Ta'if, baginda dilayan sangat buruk oleh masyarakat di situ. Ketua-ketua agama telah menghasut samseng-samseng dan anak-anak kecil untuk melempar batu kepada baginda, sehingga kaki baginda berdarah. Sehinggalah baginda berlindung di kebun milik 'Utbah dan Syaybah ibn Rabi'ah lalu berdoa;

"Ya Tuhanku, aku merayu padaMu betapa lemahnya kekuatanku, betapa sedikitnya keupayaanku dan betapa hinanya aku di sisi manusia.
Wahai Tuhan yang Paling Pengasih dari semua yang pengasih ! Engkaulah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau akan serahkanku?
Adakah kepada musuh yang akan mengalahkanku?
Atau kepada orang jauh yang menyambutku dengan wajah yang masam?
Andainya tiada apa-apa kemarahanMu terhadapku,
maka tiadalah apa-apa yang menyusahkanku tetapi perlindunganMu kepadaku itulah yang lebih selesa kepadaku.
Aku berlindung dengan Nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan
dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat dari diturunkan kemurkaanMu dan kemarahanMu ke atasku.
KepadaMu lah taubat dari dosa dan kejahatan
hingga Engkau redha dan tiada upaya melainkan dengan pertolonganMu.."

dan selepas doa ini, Allah lorongkan kemenangan dan perkembangan dakwah yang tak disangka-sangka oleh baginda Rasulullah SAW. Maha Suci Allah atas segala kekuasaanNya.. 

Rasulullah SAW bergerak ke Yathrib (sekarang Madinah) . dan disinilah bermulanya perkembangan Islam yang pesat, tanda Allah makbulkan doa kekasihnya Muhammad. Allah kukuhkan kedudukan Rasulullah di Madinah apabila termeterainya Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II . yang terjadi antara Rasulullah dengan kaum Aus dan Khazraj; yang dikenali sebagai kaum Muhajirin dan Ansar.

sebab saya nak cerita ringkas pasal hijrah Rasulullah saja, jadi ... habis cerita. :P
moga dapat manfaat atas perkongsian ini, dan jika salah mohon betulkan. 

juga jika mahu tambah apa-apa ilmu tambahan, silakan kongsi di ruang komen. saya pun nak lah dengar juga orang cerita kat saya. :D

* * * * *

PS : tak nak sembang mengeluh pasal beratnya ujian Rasulullah, kesiannya Rasulullah , kalau kita di tempat Rasulullah , bla bla bla yada yada yada sebab... Allah bagi kita akal dan perasaan bukan saja-saja. takkan saya nak cerita juga. :3


No comments:

Post a Comment