Hingar suara dari pelajar yang baru sahaja keluar dari dewan tidak dihiraukan. Saku baju kurung diseluk, menggapai Nokia 3310 yang sudah di mod senyap. Jari menekan-nekan pad kekunci mencari-cari nama yang ada dalam simpanan. Nuha tersenyum. Butang hijau kemudian ditekan. Menunggu gagang diangkat di sebelah sana.
"Mak, soalan Add Maths tadi senang gila! insyaAllah result SPM keluar orang dapat A!" Nuha terus menyerbu sebaik sahaja talian di sebelah diangkat. Tanpa intro.
"waalaikumussalam. Tak apa lah, concentrate for the next paper," emak membalas tenang, sedikit menyindir. Nuha hanya gelak, sedar akan kesilapannya.
"Mak ada mana ni? Kuat betul bunyi angin," komen Nuha.
"Dalam van dengan ayah, halimi, faqihah. On the way nak pergi ambil Aisyah kat sekolah. Kenapa?" kata emak lagi.
"Saja tanya. Mak, nanti on the way back home, singgah sini dulu. hantar nasi ke apa ke. Anak mak yang sorang ni kebulur tahu tak. minggu ni menu daging merah kat asrama." Nuha menambah. Daging merah, satu-satunya lauk yang tidak boleh dimakannya. Alergi.
"InsyaAllah..tengoklah dulu macam mana, tak tahu lagi bila balik rumah. Nak terus pergi Kelantan ni..Lama tak tengok nenek,"
"Allah.. tak aci betul. Tak boleh tunggu orang habis paper dulu ke. Ni diskriminasi ni mak," Nuha merengek, sengaja. Jauh di sudut hati, sedikit kecewa. Nanti bila lagi aku nak jumpa Atuk. Dah la balik rumah nenek sekali setahun je.
"Rileks ar.. Abang kau pun tak pergi, tak bising pun.. Nak pergi tengok Atuk, dia dah tak ada." Tenang emak menyambung. Datar tidak bernada.
Nuha kaku. Tidak sedar telefonnya sudah pun berderai di lantai marmar kantin sekolah. Terasa dunia bisu seketika. Atuk dah tak ada? Tangan kanan disokong ke meja di sebelah. Atuk dah tak ada, betul ke? Sakit di dada terasa. Panas di tubir mata tidak dapat ditahan lagi, terus mengalir laju tanpa sedar. Allahuakbar. Allahuakbar. Laju langkahnya di arah ke tandas berdekatan. Menghamburkan segala perasaan.
'Chill, Nuha.. Chill. Tu tanda Allah sayang. Allah sayang atuk. Allah sayang kau. U're such a strong girl. Really strong. Concentrate for the next paper. Settle yang tu dulu. Kes ni settle kemudian.' Akal bersuara lembut. Memujuk hati yang sekian lama dirasai semakin lemah.
Teringat akan atuk yang selalu bersandar di kerusi. atuk yang tidak pernah bosan melayan kerenah cucu-cucunya. Juga macam mana gaya atuk apabila membuat bunyi siput sedut. Atuk memang pandai buat lawak. Sangat pandai.
Bicara terakhir bersama atuk menerjah ke kepala.
"Atuk, tunggu ore neh. ore sambung ngaji silat nge atuk lepas SPM. smeta jah.. sebule ja lagi."
Duduk sila bertukar posisi menghadap ke kanan. Kaki kanan dilunjurkan. Wajah atuk dipandang lama, menunggu respon. Atuk akhirnya berpaling. Hanya tersenyum.
Air mata terhambur lagi. Basah kertas peperiksaan Physics 2 sudah tidak dihiraukan. Rakan di sebelah hanya memandang, tidak tahu untuk berbuat apa. Faham apa yang dirasai Nuha.
Atuk, Nuha tak sempat pun nak minta maaf sebab tendang belakang atuk dulu..sebab kilas tangan atuk sampai atuk takleh bangun.. sebab tumbuk dada atuk sampai atuk sesak nafas. dan Nuha Tak sempat pun nak belajar habis dengan atuk.. Atuk, Nuha minta maaf..
*****
Kata nenek, atuk suami yang percaya pada isteri. Pernah sekali kawan-kawan lelaki nenek datang ke rumah ketika atuk tiada. Nenek mengajak mereka naik ke rumah memandangkan lelaki2 itu sememangnya kawan sepermainan nenek sejak kecil. Ketika itu juga, atuk baru sahaja berkahwin dengan nenek yang berumur 18 tahun. Kawan atuk dapat tahu tentang hal itu, terus menyebarkan cerita, nenek curang di belakang atuk. Atuk tenang pulang ke rumah. Langsung tidak terkejut dengan cerita yang disampaikan rakannya. Naik ke rumah, atuk masih lagi melangkah tenang, walaupun di hadapan matanya sendiri kelihatan tiga pemuda yang itdur terbongkang di ruang tamu. Nenek ketika itu sibuk di dapur menyiapkan nasi untuk atuk. Keesokan harinya, atuk berkata kepada si pembawa cerita,"tu saing ore rumoh ambo, takdop main belake pon.. meme mari dumoh sokmo doh."
Kata nenek lagi, atuk berfikiran matang. Setiap masalah rumahtangga langsung tidak pernah dibawa keluar dari bilik. Walau sebesar mana pun. Sebab itulah, anak-anak mereka tidak pandai bertengkar. Sebab atuk tidak pernah tunjuk perkara yang tidak elok di hadapan anak-anaknya. Betul. Teringat akan atuk yang selalu sahaja bergelap di beranda menghisap rokok daun yang dipintalnya. Pasti dia akan menutup pintu rumah, tanda melarang anak cucunya mendekati beliau.
Dan kata nenek lagi, Atuk juga seorang yang lembut. Menegur secara berhikmah, bukan cara menengking. Apatah lagi berkata kasar. Nasihat yang atuk selalu berikan juga halus, walaupun kadang kala perlu diambil masa untuk memahaminya. Atuk kan seorang yang kelakar. Patilah nasihatnya juga dalam bentuk bercanda!
Ah, rindu atuk. Tanah yang masih merah dipandang lama. Mata yang sudah pun bengkak dikesat. Pedih. 21 Zulhijjah 1432H bersamaan 17 November 2011. Tarikh keramat yang masih lagi dikenang sehingga ke hari ini.
Al-Fatihah buat atuk,Che Leh bin Abbas bin Abdullah. moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amiinn..
End.
1830:03071434:13052013
No comments:
Post a Comment