"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

24 November 2013

Nota Broga

credit photo
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk daki Bukit Broga buat pertama kali, kali ni. Anjuran Badan Dakwah dan Kerohanian UPNM dan Pusat Islam UPNM.

 Dalam hati, kita nak la buat something yang beneficial kan.. namun untuk 'adventure' kali ni, aku tak dapat nak nampak apa yang akan aku dapat dengan mendaki menda alah tu, walaupun buat outdoor activity tu memang feveret. Sebab tu, sepanjang perjalanan, selalu duk tanya diri sendiri. apa yang akan kamu dapat dari riadah yang kamu buat ni? duk ulang, ulang, ulang, ulang soalan tu sampai la akhirnya tiba kat puncak Bukit Broga.


somehow, yes. from the start of the journey, i've got something.nak berhijrah bukan mudah. nak istiqamah lagi triple bukan mudah.tapi dengan sahabat-sahabat, insyaAllah jadi mudah jugak. (^^)


permulaan jalan, Hasnan Hasan tersalah arah. mintak petunjuk ustaz untuk lead rombongan. so, need to patah balik cari dan guna jalan yang betul. dalam gelap gelita tak nampak apa-apa (time : around 3 am), ada yang tergelincir , dan sangat perlu berhati-hati sebab di kanan jalan adalah gaung. 


ya, kalau tersalah jalan, patah balik. cari jalan yang betul. minta petunjuk orang yang lebih arif. usah memandai-mandai. dalam pada cari jalan yang betul tu  jugak, hati-hati juga dalam mencari guru. umat sekarang berbagai-bagai. bimbang iman makin jauh ke tepian. 


alhamdulillah, the journey continued right after we got our direction back. :) namun jalannya makin curam, makin meninggi. ramai yang mula mengah tercungap-cungap macam goldfish lemas tak cukup oksigen.  (termasuk aku :P ) di tambah dengan gelap si malam yang tua plus pokok-pokok , plus lecak dan lubang-lubang, that simple journey became a little bit thrilling. makin ramai yang berhenti ambil nafas sejenak. (lagi3 aku. haha. semput bhai...) but still, kawan-kawan sokong. tunggu , guide kawan-kawan yang lemah, bagi semangat; "sikit je lagi! sikit je lagi! tu ha puncaknya!" tapi ada jugak yang jenis; "jauh lagi.. nanti kat atas, laluan makin mencabar.."


buat aku sedar, nak mujahadah takda yang mudah.once you found the way, Allah dah serve trillion ujians kat depan. nak uji, nak tengok, hamba-hamba Dia ni ikhlas ke tak dengan niat mujahadah Dia tu. bukan omong di bibir semata.


dan , dalam masa nak istiqamah tu, kita akan jumpa dua jenis orang.yang supportive, dan yang energy sucker.and that depend on us, nak adapt dengan yang energy sucker tu macam mana. also, walau letih macam mana pun, teruskan berjalan. jangan berhenti. sekali kamu berhenti, sudah payah untuk kamu teruskan perjalanan tu balik.


alhamdulillah, sampai di puncak pertama almost 4am. rest panjang. sambil tengok alam. Subhanallah! lautan lampu jalan kawasan perumahan. nampak macam longgokan emas. cantik! paling suka, bau dingin pagi. segar. tak puas nak hirup, sampai sejuk hidung. :B


kami qiam pukul 4:15am. syahdu.. first time solat jemaah atas bukit. even berbatu berkerikil tak selesa macam solat dalam bilik. tapi, perasaan berukhwah tu ada. Allah. angin bukit bertiup lembut. sayu.sebak. terlintas,walau aku dah buat banyak dosa, Allah still bagi peluang, pujuk hati ni dengan ayat-ayat Dia yang best. takleh deny. Dia sangat sayang hamba Dia, sebab tu Dia bagi ujian. 


also, bergerak dalam jemaah yang betul, insyaAllah u'll find the right way too


usai subuh, lepak dengan kak Aisyahira Melan Omar , dua orang kakak lagi yang tak nampak muka dan Taufik si pengerusi BADAR. Taufik kongsi pasal dajjal, kedatangan Imam Mahdi dan bagaimana keadaan yang akan jadi pada masa tu. Allah. aku juga mahukan syahid di jalanMU, aku tak mahu gentar dengan musuh-musuhMU. dan hati membidas lagi, so cukup ke kalau kau just berkata-kata tanpa usaha? apa yang kau perlu buat untuk itu? *bisu*


beres je segala urusan dengan Tuhan, kami diberi kelonggaran.  mana-mana nak sambung hiking sampai puncak utama dipersilakan. kalau ikut diri memang dah tak larat. hoho. alhamdulillah beg yang disandang ada guy yang sudi bawakkan. menjerit melompat gua dalam hati. laju je panjat bukit dengan Nur Nabila Huda dah tak tengok belakang. tralala~ duk berlumba-lumba jugak dengan kakak2 yang lain, tapi pelik jugak sepanjang perjalanan tu tak nampak pun muka diorang. sampai2 je, eh budak2 ni dah ada?? *facepalm*


dari situ, boleh relatekan dengan, sampai ke penghujungnya, kita boleh nampak siapa yang istiqamah berjalan sampai ke tujuan utama yang kita sama-sama nak. tak kisahlah selaju mana pun kamu bergerak, still you have to move on. walaupun jalan yang makin dilalui makin buat diri ni lelah. dan putus nafas. 


teringat kata sahabat dari MATRI, Fatimah Az-zahra;

'istiqamah. cakap mudah tapi praktikalnya payah. tapi, Allah telah beli jiwa MUKMIN, dengan SYURGA.'

indeed.


sampai kat puncak utama, of course la kerja snap gambar memanjang. XD nikmat lelah terbayar! 


*at the end, nak turun rasa malas. sebab baru terasa bahagian lutut makin menyengat. lalala~ asyik tanya kak Nurul Fatin  jarak dari atas nak sampai ke bas. bila dah tak tahan, laju je berlari turun bukit tak tengok kiri kanan. tambah2 lagi bila tiba-tiba terdengar bunyi loceng pak cik aiskrim kat kaki bukit. memang speed larian makin bertambah la. haha. and masuk je dalam bas, terus pengsan. bertemankan bau Flanil yang harum semerbak. :)

credit

No comments:

Post a Comment