Tuhan
Mengapa kamu hadirkan rasa itu
Dikala dia sedang bertatih
meraba mencariMu dalam kelam?
Tuhan
Sungguh aturanMu cantik sekali
Tapi untuk rasa itu dia tidak mengerti
Adakah dia membutuhkannya kini?
Tuhan
Diri yang sangat hina itu memohon petunjukMu
Tetapkanlah rasa hatinya hanya untukMu
Jangan biarkan ia terleka dalam buaian duniaMu
Sungguh diri itu ingin bersamaMu sepanjang waktu
Tuhan
Teguhkanlah, cekalkanlah hati itu
Genggam erat dalam kasihMu
Cukup sekali dibuai fatamorgana
Dia tidak mahu lemas buat kali kedua!
Wahai Allah
HambaMu itu merayu buat kesekian kali
Pandanglah dia dengan rasa kasih
Pimpin dia kembali, dakap erat dirinya
Dan mohon.. jangan dilepasi lagi
Kerana dia mengerti
Tiada nilai baginya tanpaMu disisi

No comments:
Post a Comment