---iklan: mohon betulkan andai ada fakta yang salah. sungguh, kalian lebih berilmu. :) ---
mari kita sama-sama renung. berapa banyak yang Allah dah bagi kat kita? Dia bagi kita kaya, Dia bagi kita cerdik, Dia bagi kita sihat, Dia bagi kita anak, Dia angkat lagi darjat kita ni memandangkan kita ni umat Nabi Muhammad SAW.
even kita ingkar pun arahan Dia, Dia still bagi kita macam-macam. still bagi kasih sayang Dia tu kat kita, hamba Dia.
kalau kita ikut definisi kemanusiaan, hamba ni taraf yang paling bawah. yang tak payah nak disanjung pun. hina dina sedina-dinanya. yang wajib ikut tiap-tiap menda yang tuan dia suruh. kalau tak buat kena seksa. kena itu kena ini.
tapi bagi Allah, tak. Hamba dia yang teruk ni lah, yang sering buat dosa ni lah, yang sering buat menda yang Dia tak suka ni lah, yang Dia sayang sangat. Dia maafkan lagi hamba Dia ni, Dia bagi lagi menda yang hamba Dia nak. Nak mainan , Dia bagi. Nak kaya, Dia bagi. Nak cerdik, Dia bagi! nak main-main kat dunia ni pun, Dia bagi lagi!
tapi jahatnya hamba Dia ni, tak tunaikan / jarang tunaikan pun tugas yang patut seorang hamba tu buat; worshipping Him. patuh arahan Allah. tinggal segala yang Allah tak suka buat. tak amanah langsung!
Subhanallah. Mulianya Allah.. Baiknya Allah..
kalau nak bandingkan zaman kita-kita ni dengan zaman sahabat dulu, tara langit ngan bumi pun takleh banding lagi. hebatnya zaman-zaman sahabat sampai sekarang jadi teladan. tiap-tiap perjuangan sahabat, Allah pelihara cerita diorang, sampai sekarang pun kisah-kisah tu 'hidup' lagi.
tapi bila recall apa yang Rasulullah pernah pesan sebelum ni, zaman yang makin jauh dengan zaman baginda la yang baginda lagi sayang. lebih dari zaman sahabat-sahabat. padahal zaman sahabat tu punya lah zuhudnya diorang, sampai ada yang tak kenal siapa pemerintah satu negeri tu.
contohnya, Abu Bakar As-Siddiq. tiap-tiap hari gi rumah sorang perempuan tua ni duk bagi makan, jaga makan pakai anak-anak dia, setel ternakan-ternakan dia. tapi perempuan tua tu tak tahu pun bahawasanya yang buat semua kerja tu Encik Abu Bakar pemimpin pertama zaman Khulafa.
Umar Al-Khattab, femes dengan kisah beliau yang berani mengaku dengan orang ramai, "Aku dah masuk Islam! ada sesiapa berani nak lawan aku ke?" walaupun pada saat itu umat Islam yang baru peluk Islam duk sembunyikan keIslaman mereka. padahalsebelum tu, Umar Al-Khattab lah orang yang paling nak sangat bunuh Rasulullah SAW!
(bila mana Allah nak jentik Adik hidayah yang cantek cun melecun tu kat hamba Dia, tak kesah lah jahat mana pun hamba Dia tu sebelum ni, takde siapa pun yangboleh halang. Allahuakbar.)
tak masuk kisah Uthman Affan dengan Ali Abi Talib lagi. Tak termasuk kisah Uwais yang Rasulullah sendiri suruh Umar dengan Ali mintak doa kat dia lagi. kisah Salehuddin Al-Ayyubi, SultanMuhammad Al-Fateh bla bla bla yada yada yada tralalalalalala~ yang amalan mereka semua ni lagi hebat mantop tahap 99 petala cinta!
sebab apa Rasulullah sayang kita lebih?
sebab walaupun kita ni tak sempat pun nak tengok wajah Rasulullah, tak sempat pun nak berjuang bersama-sama Rasulullah, still kita ingat kat baginda SAW. kita ikut nasihat Rasulullah SAW, kita usaha nak ikut gaya Rasulullah. makan tangan kanan, tidur iring kanan, baca doa itu ini, buat solat itu ini. walaupun kadang-kadang kita niat nak buat menda sunat je, tapi tanpa sedar kita pun dirikan sunnah sebenarnya. tak ke?
walaupun betapa payahnya kita nak cari khusyuk kat tengah-tengah laut manusia yang tenggelam dalam hedonisme; lagi-lagi tok guru korang yang duk menaip laju jadi keyboard warrior nih. padahal amalan level bawah tanah. hari-hari duk dengar lagu lagha Melly 'Go-Slow' lah, lagu Suri Ramlah Ram lah. hari-hari duk online fesbuk buat main game Royal Story lah, Dragon City lah. pastu bila nak kena hire workers, terpaksa send request game-game ni kat friends. sesat sungguh!
[tapi mohonlah kesian, tok guru nak buat amal jugak ni, mohon baca sampai habis esei bahasa melayu zon ketuhanan ni.]
sambung cerita.
punyalah sayangnya Rasulullah ni kat kita,tiap-tiap masa baginda duk fikir.
pernah sekali Rasulullah SAW berjaga malam,Rasulullah angkat tangan baginda yang mulia tu ke langit lalu berdoa; "Ya Allah! Umatku! Umatku ! Umatku!" Rasulullah sebak sangat-sangat sampaikan baginda boleh sebut ayat tu je depan Allah. sampailah malam yang ketiga selepas itu, Jibril AS pun turun datang jumpa Rasulullah, then cakap;"ya Rasulullah! your Lord will not disappoint you regarding your ummah!"
[kantoi tok guru ngadap video How To Love Allah - The Daily Reminder kat TiubAwak dulu.]
translate : Tuhanmu tidak akan mengecewakanmu kerana umatmu!
*this hadith was authenticated reported on Bukhari*
sampai macam tu sekali Rasulullah sayang kita. dan sampai macam tu sekali Allah pujuk balik hati Rasulullah.
tapi masalahnya sekarang;
kita nak kecewakan Rasulullah SAW?
sentap di situ. aduh.
nanti bila sampai Hari Pembalasan, Allah akan tanya tiap-tiap hamba Dia balik;
"apa bukti kamu sayang Aku so that Aku boleh sayang kamu balik pada hari ni?"
ahha!
tok guru pun masih lagi gigit bibir duk cari jawapan nak jawab depan Allah kekgi nih.
sampai ter'tubek' loghat Terengganu di situ.
jawapan copy paste video;
be you of those people who fulfill his vision.
be you of those people who your love for Allah by pursuing the vision of Rasulullah on this Earth!
apa visi Rasulullah tu?
nak tengok umat baginda ni abdikan diri untuk Allah di samping lengkapkan definisi taqwa berdasarkan jawapan 100% fotostat dari buku teks pendidikan agama Islam tingkatan satu syllabus kbsm tok guru sekolah dulu;
ikut segala perintah Allah dan tinggalkan apa yang Dia larang.
memandangkan air mineral bayangan tadi dah nak habis, dah sampai masa tok guru habiskan ayat. sebab dah takde siapa dah nak tolong topup air, dan takde siapa jugak yang dah larat nak baca ilmu sesat tok guru ni.
sungguhlah kalau kalian baca esei ni sampai habis, kalian lagi hebat dari abang tok guru!
sebab komennya abang tok guru sebelum ni,
"malas eh aku nak baca blog kau! oanjang berjela-jela-jela!"
ohoi!
akhir kalam,
the scholars once said,"tears of believers are most valuable than Kaabah"
jadi, mari menangis ramai-ramai!

aku ja perasaan gini ke,atau kita nak mati sudah
ReplyDelete