"my world inside is way more amazing than the outside. that's the reason i choose to write."

27 September 2015

Innalillah Buat Diri


Aidil Adha 1436H.

Kemalangan kren jatuh.
Rempuhan di Mina.
Budak 10 tahun maut kemalangan.
Imam solat meninggal dalam tahiyat akhir.

refleksi. ku ukur tahap iman pada diri.
setinggi manakah?

zahirnya seperti sudah bersedia. batinnya?
Tidak !

baru saja fikirkan hutang solat yang masih tertunggak,
sudah ku doa panjangkan umur untuk beribadat.
lagi fikir jasa kepada agama, lagi terasa tak layak.

mata masih fokus pada kaca TV.
akal sudah terbang ke mana, tapi
ditelan hadam tiap-tiap yang terjadi

wahai !
tidak Allah ambil nyawa hambaNya selagi tak sampai masa!
usah bermimpi mati mulia andai amal tak seberapa!
apa harga syurga Allah semurah itukah?

pahit liur ditelan sendiri. payah.

diri,
husnul khatimah tidaklah bila kau kata; "aku nak mati syahid!"
sedangkan kau masih hanyut dalam lagha dunia

tak percaya?

celik saja mata, kau capai telefon.
facebook. whatsapp. telegram. instagram.
belum lagi masuk twitter , tumblr, vine, keek
alhamdulillah untuk Tuhan mana?

4:30 pagi.
niat awal mahu tahajud.
45 minit sudah hilang untuk telefon.
15 minit di bilik air.
5:30am baru lah terngadah capai telekung.

diri,
sedari awal hari sudah kau siakan, apa lagi berkat yang Tuhan nak datangkan?

diri,
kau hakikatnya sudah pun mati
sejak kau angkat Tuhan dari hati.

Katakanlah [Muhammad SAW], "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan  matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam'." - Al An'am, 6:162


24092015;Rawang

No comments:

Post a Comment